73 Puak Islam

73 PUAK UMAT ISLAM SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW




Dalam hadis Rasulullah telah bersabda bahawa, selepas kewafatannya, umat Islam akan berpecah sehingga menjadi 73 puak dan hanya 1 kaum sahaja yang benar iaitu kaum Ahlusunnah waljamaah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khulafa' Rasyidin. Mereka akan selalu mempertahankan kebenarannya sehingga Hari Kiamat.


Jika kita lihat dunia Islam kini, memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW itu benar. Dalam Kitab Bugyatul Mustarsyidin, karangan Mufti Syaikh Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar, yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba'Alawi, pada muka surat 398, cetakan Mathba'ah Amin Abdul Majid Kaherah ( 1381 Hijrah), bahawa 72 puak yang sesat itu terbahagi kepada 7 puak. iaitu:
  1. KAUM SYIAH, kaum yang terlampau memuja Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman, Radhiyallahuanhum. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.
  2. KAUM KHAWARIJ, kaum yang sangat membenci Sayidina Ali Kw, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali. Mereka juga berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar adalah kafir. Kaum Khawarij berpecah kepada 20 aliran.
  3. KAUM MU'TAZILAH, kaum yang menyatakan bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, manusia membuat pekerjaannya sendiri, Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata di syurga, orang yang melakukan dosa besar diletakkan di antara dua tempat, mikraj Nabi Muhammad hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum Mu'tazilah berpecah kepada 20 aliran.
  4. KAUM MURJIAH, kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman dan melakukan kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir. Kaum ini berpecah kepada 5 aliran.
  5. KAUM NAJARIYAH, kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk, iaitu dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariyah berpecah kepada 3 aliran.
  6. KAUM JABARIYAH, kaum yang menfatwakan bahawa manusia "majbur", ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.
  7. KAUM MUSYABBIHAH, kaum yang menfatwakan bahawa Tuhan menyerupai dengan makhluk, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di atas kerusi, naik tangga, turun tangga dan lain-lain. Kaum ini hanya 1 aliran.

Jumlahnya ialah,

Kaum Syiah.................................22 aliran
Kaum Khawarij..........................20 aliran
Kaum Mu'tazilah........................20 aliran
Kaum Murjiah..............................5 aliran
Kaum Najariah.............................3 aliran
Kaum Jabariyah............................1 aliran
Kaum Musyabbihah......................1 aliran

Jumlah..........................................72 aliran


Jika ditambah dengan 1 lagi puak Islam iaitu Ahlusunnah waljamaah, maka cukuplah 73 puak Islam sebagaiman yang diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Tirmidzi. Demikianlah Kitab Bugyatul Mustarsyidin.

Kaum Qadariyah termasuk golongan kaum Mu'tazilah, kaum Bahaiyah dan Ahmadiyah Qad-yan termasuk golongan kaum Syiah, kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari fahaman Ibnu Taimiyah yang termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah.

Diambil daripada buku ' I'tiqad Ahlusunnah Wal-jama'ah, ditulis oleh K.H. Sirajuddin Abbas, terbitan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.'


Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...