Sejarah Islam
SEJARAH RINGKAS MUAZ BIN JABAL
Beliau dilantik sebagai kadhi dan pemimpin di Yaman dan kekal di sana sehingga Rasulullah SAW wafat. Rasulullah sendiri mengiringi pemergiannya ke Yaman dengan berjalan kaki dekat kenderaan Muaz sambil menyampaikan amanat sedangkan Muaz berada di atas kenderaannya itu.
Beliau kembali ke Madinah semasa pemerintahan Sayidina Abu Bakar RA. Beliau dilantik menjadi pemerintah Syam menggantikan Abu Ubaidah yang meninggal dunia semasa pemerintahan Sayidina Umar RA.
Perawakannya segak, berkulit putih, berambut cantik, bermata besar dan putih giginya. Rasulullah bersabda, "Orang yang paling alim dikalangan umatku tentang hukum halal haram ialah MUAZ BIN JABAL".
0 komen: