Khutbah Wida' Rasulullah SAW

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita berjumpa lagi pada post kali ini..
Ok..Kali ini ana ingin berkongsi dengan antum/antunna semua tentang khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah sebelum kewafatan Baginda bersempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut umat Islam seluruh dunia nanti.


KHUTBAH WIDA' RASULULLAH SAW

Masjidil Haram


WAHAI MANUSIA dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

WAHAI MANUSIA sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

BERWASPADALAH terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

WAHAI MANUSIA, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

WAHAI MANUSIA dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

INGATLAH bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

WAHAI MANUSIA, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

HENDAKLAH orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-MU.


Khutbah ini telah disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Allahumma Solli Wa Sallim 'ala Saidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi Wa 'ala Alihi Wa Sohbihi Wa Salim
Ya Rasulullah


Begitulah khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat di Madinah. Begitu kasih dan sayang Baginda terhadap umatnya. Baginda telah menyampaikan wasiat kepada umat Baginda sebagai panduan hidup selepas ketiadaan Baginda nanti. Al-Quran dan Sunnah merupakan dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk umatnya supaya umat Islam tidak akan sesat sekiranya mereka berpegang teguh terhadap dua perkara tersebut.

Sesetengah masyarakat Islam hari ini yang tidak berpegang teguh terhadap Al-Quran dan As-Sunnah serta kurangnya pengetahuan dalam agama Islam mudah terjebak dalam ajaran-ajaran sesat. Oleh itu, marilah kita sama-sama mendalami lagi dan mencari ilmu agama dengan lebih terperinci lagi supaya kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. Semoga Allah sentiasa membantu kita menjalani hidup ini dalam syariat Islam yang sempurna.

Setakat ini sajalah untuk post kali ini. Semoga antum/antunna semua dapat manfaat dari blog ana ini.

Wassalamualaikum...


0 komen:

USIM dan UIAM. . .

Assalamualaikum semua..

Kali ini ana ingin menyampaikan sedikit info kepada antum/antunna semua. Baru-baru ini ana telah pergi ke Karnival Jom Masuk U di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu. Di sana, banyak wakil-wakil dari universiti mengambil kesempatan untuk mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan untuk lepasan SPM di universiti mereka. Jadi, di sana ana telah mengunjungi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana ana hanya berminat untuk melanjutkan pelajaran di dua buah universiti ini. Ini kerana universiti tersebut menyediakan persekitaran yang lebih Islamik berbanding di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain yang terdapat di Malaysia ini. Di karnival tersebut, ana telah mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan 'flow' yang akan kita lalui di 2 buah universiti tersebut berdasarkan kursus yang kita minat untuk lepasan SPM macam ana ini.



Baiklah. Di sini, ana ingin menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan di USIM berdasarkan penerangan yang ana perolehi daripada wakil universiti tersebut. Bagi lepasan SPM macam ana ini, kita boleh melanjutkan pelajaran ke USIM melalui Tamhidi. Tamhidi sama juga macam Asasi yang ditawarkan di universiti lain. Cuma Asasi di USIM diberi nama Tamhidi. Tamhidi yang ditawarkan di USIM adalah seperti berikut:


  • Tamhidi Syariah dan Undang-undang
  • Tamhidi Sains dan Teknologi
  • Tamhidi Perubatan
  • Tamhidi Perakaunan dan Muamalat
  • Tamhidi Pergigian
Untuk mengetahui syarat kemasukan ke program Tamhidi, antum/antunna semua boleh meng'klik' Syarat Kemasukan ini.

Islamic Science University of Malaysia

Night view at Islamic Science University of Malaysia


USIM juga menawarkan program Sarjana Muda untuk lepasan STAM, STPM/Matrikulasi dan Diploma. Fakulti yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Antum/antunna semua boleh klik semua link di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Sarjana Muda yang ditawarkan di USIM. Universiti ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah universiti di luar negara dan ini memudahkan pelajar USIM melanjutkan pelajaran ke luar negara. Klik Jalinan Kerjasama USIM ini untuk mengetahui lebih lanjut. Program-program yang ditawarkan di USIM masih lagi sedikit berbanding di universiti-universiti lain kerana USIM masih lagi baru ditubuhkan.



Bagi UIAM pula, Asasi yang ditawarkan di sana lebih banyak daripada Tamhidi di USIM. Berikut ialah program Asasi yang ditawarkan di UIAM:

  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Sains Fizikal
  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
  • Asasi Kejururawatan
  • Asasi Farmasi
  • Asasi Pergigian
  • Asasi Perubatan
  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar
  • Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer
  • Asasi Sains Kemanusiaan
  • Asasi Bahasa Inggeris
  • Asasi Bahasa Arab
  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
  • Asasi Undang-undang
Program Sarjana Muda yang ditawarkan di UIAM terlalu banyak. Jadi, anda boleh pergi melawat laman web UIAM untuk mendapat maklumat lebih lanjut. UIAM merupakan universiti yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai pelajar luar negara yang menuntut di UIAM ini. 

International Islamic University Malaysia

Sultan Haji Ahmad Shah Mosque in IIUM

Maka, antum/antunna semua boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang menyediakan persekitaran yang Islamik sama ada di USIM mahupun di UIAM. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada antum/antunna semua dalam melanjutkan pelajaran selepas keputusan SPM dikeluarkan.

Baiklah. Ini saja yang ana nak beritahu pada post kali ini. Moga berjumpa lagi di post yang akan datang.

Wassalamualaikum.


5 komen:

Karnival 'Jom Masuk U'

Assalamualaikum.


Hari ini ana ingin berkongsi sedikit maklumat kpd para pelajar lepasan SPM 2011 yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti sama ada universiti tempatan ataupun universiti luar negara. Bagi para pelajar yang berada di negeri Terengganu, antum/antunna semua bolehlah menghadirkan diri anda ke Karnival 'Jom Masuk U' anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Negara (KPTN). Karnival kali ke-8 ini akan diadakan di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu pada 28 - 29 Januari 2012 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Karnival tersebut dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Oleh itu, antum/antunna semua yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti yang terdapat di Malaysia ini, antum/antunna semua boleh menghadirkan diri ke karnival ini. Jadi, sekurang-kurangnya antum/antunna semua dapat memastikan kursus apakah yang antum/antunna semua bakal ambil selepas mendapat keputusan SPM nanti. Walaupun belum tahu lagi keputusan SPM, namun antum/antunna semua bolehlah mengagak kursus manakah yang sesuai dengan minat kita berdasarkan pencapaian yang bakal kita dapat nanti. Bagi para pelajar yang berada di negeri lain, antum/antunna semua boleh mengetahui bilakah karnival ini bakal diadakan di negeri-negeri masing-masing dengan meng'klik' link di bawah ini.

Karnival 'JOM MASUK U'


Kalau tak berapa nampak tulisannya, antum/antunna semua bolehlah menekan 'Ctrl' dan '+' pada keyboard untuk membesarkan sedikit tulisannnya. Harap maklum.


Baiklah sampai di sini sajalah untuk post kali ini. Semoga berjumpa lagi.


Wassalamualaikum.


Salah sebuah universiti di Helsinki,Finland



0 komen:

Rabiulawal dan Sejarah Disebaliknya. . .

Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap2 antum/antunna semua dlm keadaan sihat walafiat dan sentiasa dlm rahmat Allah S.W.T..

Baiklah.. Hari ini ana ingin berkongsi dgn antum/antunna semua mengenai sejarah yg terdapat dlm bulan Rabiulawal iaitu salah satu bulan yg terdapat dlm Islam. Ok..hurmmm..antum/antunna semua masih ingat apakah sejarah yg paling besar berlaku dlm bulan ini? Rasanya semua masih ingat..kan? Harap2 macam tulah..hehe..






Sejarah yg paling besar dan paling bermakna di kalangan umat Islam dlm bulan ini ialah di mana lahirnya seorang pemimpin penyelamat umat manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W, nabi terakhir yg dilantik oleh Allah kpd umat manusia dan sesudahnya tdk ada lagi nabi dan rasul. Baginda dilahirkan dan dilantik sbg pesuruh Allah utk menyelamatkan manusia drpd kesesatan yg dihadapi oleh masyarakat jahiliah pd waktu itu. Rasulullah telah dilahirkan ke dunia pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Rasulullah lahir pada tahun Gajah di mana pada tahun tersebut terdapat sejarah yg menyatakan bahawa Abrahah bersama tentera bergajahnya datang ke Mekah utk meruntuhkan Kaabah krn kedengkian Abrahah melihat Kaabah sentiasa dikunjungi org ramai pd musim haji. Namun, usaha mereka gagal apabila Allah menghantar sepasukan burung Ababil membawa batu drpd api neraka menghancurkan Abrahah dan tentera bergajahnya. Sejarah ini menunjukkan bahawa Kaabah sentiasa dilindungi oleh Allah dan tdk ada sesiapa yg boleh meruntuhkan atau menghancurkan Kaabah.

Berbalik pd sejarah kelahiran Nabi tadi, Rasulullah dilahirkan oleh ibu baginda Siti Aminah binti Abdul Manaf. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib tlh meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi. Ibu baginda pula meninggal dunia ketika baginda berusia 6 tahun. Ini menjadikan baginda seorang anak yatim piatu. Menurut sejarah, baginda tlh disusukan oleh ibu susuan baginda iaitu Halimatus Saadiah. Setelah ibu baginda meninggal dunia, baginda telah dijaga oleh datuk baginda, Abdul Mutalib. Namun, slps itu datuk baginda juga meninggal dunia dan akhirnya baginda tlh di jaga oleh bapa saudara baginda, Abu Talib. Ketika bersama Abu Talib, Rasulullah tlh mempelajari ilmu berniaga dan mengembala kambing. Baginda diberi gelaran Al-Amin yg bermaksud Yang Terpuji oleh pnduduk Mekah kerana baginda selalu bercakap benar dan tdk pernah berbohong. Baginda tlh berkahwin pd usia 25 tahun dgn Siti Khadijah yg berusia 40 tahun dan dikurniakan 7 orang anak ( 3 lelaki, 4 perempuan ). Baginda tlh dilantik menjadi Nabi pd usia 40 tahun di Gua Hira' berdasarkan turunnya wahyu pertama iaitu Surah al-'Alaq, ayat 1 hingga 5. Dilantik menjadi Rasul berdasarkan Surah al-Muddathir ketika baginda berselimut di rumah baginda akibat msh lagi terkejut dgn peristiwa di Gua Hira'. Siti Khadijah,isteri baginda menjadi orang pertama yg memeluk agama Islam slps perlantikan Nabi Muhammad sbg pesuruh Allah. Baginda tlh berdakwah selama 23 tahun ( 13 tahun di Mekah, 10 tahun di Madinah ). Baginda tlh berjaya membentuk sebuah negara Islam yg pertama iaitu Madinah ( Bandar yg bercahaya ) yg dahulunya dikenali sbg Yathrib. Rasulullah tlh wafat ketika berusia 63 tahun di Madinah pada tahun 632 Masihi.

Inilah serba sedkt sejarah mengenai Rasulullah yg ana dpt ceritakan kpd antum/antunna smua. Kalau nak ceritakan semua mengenai sejarah hidup baginda memang terlampau byk dan tdk mampu utk ana menulis dlm post kali ni. Ana cuma ingin menceritakan dan mengembalikan ingatan kita terhadap sejarah hidup Baginda, Rasulullah S.A.W supaya dpt meningkatkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah. Semoga kita tergolong dlm umat yg diberi syafaat oleh Rasulullah di akhirat kelak dgn cara memperbanyakkan selawat dan salam kpd junjungan besar baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Baiklah, sampai di sini sahaja ana menulis dlm post kali ni. Semoga kita berjumpa lagi dlm post yg akan datang. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum..


0 komen:

MUHAMMAD AL FATEH, Siapakah Beliau. . . ??

Masjid Aya Sofea yang kini telah dijadikan muzium

Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang pemimpin dan salah seorang sultan pada zaman Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. Beliau menjadi terkenal disebabkan kejayaan beliau dalam mengukuhkan lagi pengaruh Islam dalam penaklukan beliau terhadap Kota Konstantinopel yang kini adalah kota Istanbul, Turki ketika beliau masih lagi muda iaitu pada ketika beliau berumur 21 tahun. Kota Konstantinopel merupakan sebuah kota yang gagah sejak zaman Khulafa' Ar-Rasyidin lagi kerana kekuatan pertahanan kota tersebut sehingga tidak dapat ditakluki oleh mana-mana kerajan. Kota tersebut merupakan kota di bawah pemerintahan agama Kristian. Kota tersebut menjadi rebutan bagi para pemerintah Islam untuk menaklukinya kerana keyakinan mereka terhadap hadis Rasulullah yang bermaksud; 


" Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera " ( Hadis riwayat Imam Ahmad )


Hadis tersebut telah menjadi kenyataan setelah 800 tahun umat Islam mencuba untuk menakluki kota tersebut. Cubaan untuk menakluki kota ini telah dilakukan pada zaman pemerintahan:



  • Saidina Ali K.W.J ( 34 Hijrah )
  • Muawiyah abi Sufyan ( 84 Hijrah )
  • Sultan Sulaiman ( 91 Hijrah )
  • Khalifah Harun al-Rasyid ( 165 Hijrah )
  • Sultan Beyazid ( 1391, 1397 dan 1400 Masihi )



Namun, semua cubaan tersebut tidak berjaya dilakukan sehinggalah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, akhirnya Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan rakyat Kristian jatuh di tangan tentera Islam pada 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1435 Masihi. Penaklukan kota tersebut berlangsung selama 53 hari. Setelah Kota Konstantinopel ditakluk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, nama kota tersebut telah ditukar kepada Istanbul yang bermaksud Islam keseluruhannya. Gereja terbesar di kota tersebut telah dijadikan Masjid oleh beliau yang diberi nama Aya Sofea. Namun, sekarang masjid tersebut telah dijadikan muzium oleh Kamal Attartuk, seorang munafik yang telah menumbangkan kerajaan Bani Uthmaniyyah dengan bantuan musuh-musuh Islam. Untuk mengetahui lagi sejarah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, antum/antunna semua bolehlah membaca buku yang berjudul 'Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel' yang ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS.


Pengajarannya di sini ialah Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggegarkan dunia sejarah Islam dengan kejayaan beliau dalam mengukuhkan lagi agama Islam ketika beliau masih lagi muda. Jadi, apakah sumbangan kita terhadap agama Islam pada usia muda ini? Remaja-remaja di Malaysia kini hanya menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada diri mereka apatah lagi terhadap agama mereka. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menegakkan syiar Islam pada usia muda ini dengan mencari lagi ilmu untuk mengembalikan tamadun Islam yang telah lama berkubur. Mari sama-sama menghayati maksud di sebalik lagu di bawah ini.




Lagu Muhammad Al-Fateh


Muhammad Al Fateh
Di usia remajamu
Kau telah berjaya
Mengukir sejarah besar
Menakluki Kota Konstantinopel
Bagi merebut janji Tuhan


Jua membenarkan
Kata-kata Rasul
Konstantine akan ditawan
Oleh raja,rakyat dan tentera
Yang terbaik


Rupanya
Di tanganmu tercipta kemenangan
Setelah sekian lama
Di cuba
Dari zaman ke zaman


Hari ini
Kami impikan
Peribadi bayanganmu
Meniru kekuatan rohmu
Menyalin kebijaksanaanmu
Mengulangi kekentalan jiwamu
Bagi memastikan
Islam kembali
Berdaulat dan gemilang


Moga pengulangan sejarah ini
Akan berlaku di tangan kami
Generasi pelapis
Muhammad Al Fateh kedua
Inilah azam dan tekad kami
Moga di-Kau
Perkenankanlah
Perkenankanlah wahai Tuhan

0 komen:

GranD oPenInG. . . ! ! !

Assalamualaikum antum/antunna semua dan slmt dtg ke blog ana yg x sbrp ni..hehe.



Pd post kali ni, ana ingn mmbrthu atau mgkhbrkn atau dlm bhs trg, nok kbo sket ni kpd antum/antunna smua tjuan ana buat blog ni..bkn sja2 taw..tjuannya adlh utk brkngsi kpd antum/antunna smua mngenai pndpt ana n sdkt ilmu yg ana da..

FuTuRe SciTecH, nma blog ana tp x smstinya nme trsbt mnggmbrkn yg ana akn mnceritkn mngenai tknlogi2 ataupn gdget2 trkni..nme blog itu hnyalah skdr pd nme shj krn nme itu brsmpna dgn mnat ana yg mndlm dlm bdang tknlogi n sains yg akn dtg brlndskn syariat Islam.. so,it juz a nme ok? hehe..d blog yg canggih ni (nme je..hehe..), ana akn brkngsi pa jua pndpt ana n ilmu ttg isu2 trtntu yg mgkn bleh mnmbhkn lg ilmu antum/antunna yg sdia da..

So, hope antum/antunna smua mndpt mnfaat drpd blog ini n tlong tgur ana jka ana da buat kslpn n kslhn krn mnusia emg tdk prnh trlpas dr mlkukn kslpn..kn? ok la..smpai sni sjala ana mnulis post utk blog ana ni smpna prasmian pmbukaan blog ana yg dh lme x updte dsbbkn sbuk dgn stdy utk mnghdpi SPM..hehe..jumpa lgi..



Wassalamualaikum...

FuTuRe IsLaMiC SciTecH



0 komen:

Kerinduanku Pada Zaman Kegemilangan Islam . . .

Ketika ku hanyut
Semakin jauh
Semakin ku gapai
Semakin tenggelam
Ketika tujuan hidup
Semakin kabur
Terasa ku mati
Sebelum kematian
Apalah ertinya hidup
Tanpa pimpinan

Tiada cahaya
Tiada panduan
Tanpa cinta dan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Segala yang ku miliki
Tiada berharga


Takkan ku gapai
Cinta-Mu
Tanpa pimpinan
Ku terus mencari
Jalan kebenaran
Namun yang ku temui
Tak dapat ubati
Kerinduanku pada
Pemimpin kebenaran
Biarlah ku harungi
Tujuh samudera
Ke barat
Ke timur
Ke mana sahaja
Bahkan ku rela
Merangkak di atas salji
Asalkan ku dapat keajaiban


Tuhan,
Manakah pemimpin
Yang telah Engkau janjikan
Yang menjadi bayangan
Rasulullah di akhir zaman
Ku perlu keajaiban
Tak mungkin
Cara biasa
Tak cukup dengan logika


Tuhan,
Ku tagih janji-Mu
Walau payah
Ku menunggu..............





0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...