صَلَاةُ بِالسَّلَامِ المُبِين



صَلَاةُ بِالسَّلَامِ المُبِين
لِنُقطَةِ التَّعيِين يَا غَرَامِي

نَبِيُ كَانَ  الصْلَ التَّكوِينِ
مِن عَهدِ كُنْ فَيَكُون يَا غَرَامِي

اَيَّا مَن جَاءَنَا حَقًا نَذِيرِ
مُغِيثًا مُسْبِلًا سُبُلُ الرَّشَادِ

رَسُولُ اللهِ يَاضَاوِي الجَبِينِ
وَيَا مَنْ جَاءَ بِالحَقِّ المُبِين

صَلَاةُ لَم تَزَل تُتْلَى عَلَيكَ
كَمِعطَارِ النَّسِيمِ تُهْدَى إِلَيكَ




















0 komen:

Nasihat Imam Hanbali


Nasihat Imam Hanbali

  1. Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.
  2. Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.
  3. Diam orang berilmu kerana takut dan taqwa. Diam orang yang jahil kerana tidak berilmu.
  4. Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan air.
  5. Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.
  6. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.
  7. Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.
  8. Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana mereka (ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.
  9. Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.






0 komen:

30 Pesanan Imam Syafie


30 Pesanan Imam Syafie
 

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung dari serangan iblis.
  10. Taqwa adalah pakaian kebesaran hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzubillahi minassyaithanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah Ar-Rom ayat 57 yang bermaksud, “Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.”
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah Al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, “Allah membela orang yang beriman.”
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah Al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud, “Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.”
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pertanyaan Allah dalam surah Al-Hajj ayat 54 yang bermaksud, “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah Al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, “Sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”






0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...