Nasihat Imam Hanbali
Nasihat Imam Hanbali
- Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.
- Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.
- Diam orang berilmu kerana takut dan taqwa. Diam orang yang jahil kerana tidak berilmu.
- Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan air.
- Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.
- Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.
- Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.
- Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana mereka (ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.
- Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.
0 komen: