MUHAMMAD AL FATEH, Siapakah Beliau. . . ??
Masjid Aya Sofea yang kini telah dijadikan muzium |
" Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera " ( Hadis riwayat Imam Ahmad )
Hadis tersebut telah menjadi kenyataan setelah 800 tahun umat Islam mencuba untuk menakluki kota tersebut. Cubaan untuk menakluki kota ini telah dilakukan pada zaman pemerintahan:
- Saidina Ali K.W.J ( 34 Hijrah )
- Muawiyah abi Sufyan ( 84 Hijrah )
- Sultan Sulaiman ( 91 Hijrah )
- Khalifah Harun al-Rasyid ( 165 Hijrah )
- Sultan Beyazid ( 1391, 1397 dan 1400 Masihi )
Namun, semua cubaan tersebut tidak berjaya dilakukan sehinggalah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, akhirnya Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan rakyat Kristian jatuh di tangan tentera Islam pada 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1435 Masihi. Penaklukan kota tersebut berlangsung selama 53 hari. Setelah Kota Konstantinopel ditakluk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, nama kota tersebut telah ditukar kepada Istanbul yang bermaksud Islam keseluruhannya. Gereja terbesar di kota tersebut telah dijadikan Masjid oleh beliau yang diberi nama Aya Sofea. Namun, sekarang masjid tersebut telah dijadikan muzium oleh Kamal Attartuk, seorang munafik yang telah menumbangkan kerajaan Bani Uthmaniyyah dengan bantuan musuh-musuh Islam. Untuk mengetahui lagi sejarah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, antum/antunna semua bolehlah membaca buku yang berjudul 'Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel' yang ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS.
Pengajarannya di sini ialah Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggegarkan dunia sejarah Islam dengan kejayaan beliau dalam mengukuhkan lagi agama Islam ketika beliau masih lagi muda. Jadi, apakah sumbangan kita terhadap agama Islam pada usia muda ini? Remaja-remaja di Malaysia kini hanya menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada diri mereka apatah lagi terhadap agama mereka. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menegakkan syiar Islam pada usia muda ini dengan mencari lagi ilmu untuk mengembalikan tamadun Islam yang telah lama berkubur. Mari sama-sama menghayati maksud di sebalik lagu di bawah ini.
Lagu Muhammad Al-Fateh
Muhammad Al Fateh
Di usia remajamu
Kau telah berjaya
Mengukir sejarah besar
Menakluki Kota Konstantinopel
Bagi merebut janji Tuhan
Jua membenarkan
Kata-kata Rasul
Konstantine akan ditawan
Oleh raja,rakyat dan tentera
Yang terbaik
Rupanya
Di tanganmu tercipta kemenangan
Setelah sekian lama
Di cuba
Dari zaman ke zaman
Hari ini
Kami impikan
Peribadi bayanganmu
Meniru kekuatan rohmu
Menyalin kebijaksanaanmu
Mengulangi kekentalan jiwamu
Bagi memastikan
Islam kembali
Berdaulat dan gemilang
Moga pengulangan sejarah ini
Akan berlaku di tangan kami
Generasi pelapis
Muhammad Al Fateh kedua
Inilah azam dan tekad kami
Moga di-Kau
Perkenankanlah
Perkenankanlah wahai Tuhan
0 komen: