Rabiulawal dan Sejarah Disebaliknya. . .
Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap2 antum/antunna semua dlm keadaan sihat walafiat dan sentiasa dlm rahmat Allah S.W.T..
Baiklah.. Hari ini ana ingin berkongsi dgn antum/antunna semua mengenai sejarah yg terdapat dlm bulan Rabiulawal iaitu salah satu bulan yg terdapat dlm Islam. Ok..hurmmm..antum/antunna semua masih ingat apakah sejarah yg paling besar berlaku dlm bulan ini? Rasanya semua masih ingat..kan? Harap2 macam tulah..hehe..
Sejarah yg paling besar dan paling bermakna di kalangan umat Islam dlm bulan ini ialah di mana lahirnya seorang pemimpin penyelamat umat manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W, nabi terakhir yg dilantik oleh Allah kpd umat manusia dan sesudahnya tdk ada lagi nabi dan rasul. Baginda dilahirkan dan dilantik sbg pesuruh Allah utk menyelamatkan manusia drpd kesesatan yg dihadapi oleh masyarakat jahiliah pd waktu itu. Rasulullah telah dilahirkan ke dunia pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Rasulullah lahir pada tahun Gajah di mana pada tahun tersebut terdapat sejarah yg menyatakan bahawa Abrahah bersama tentera bergajahnya datang ke Mekah utk meruntuhkan Kaabah krn kedengkian Abrahah melihat Kaabah sentiasa dikunjungi org ramai pd musim haji. Namun, usaha mereka gagal apabila Allah menghantar sepasukan burung Ababil membawa batu drpd api neraka menghancurkan Abrahah dan tentera bergajahnya. Sejarah ini menunjukkan bahawa Kaabah sentiasa dilindungi oleh Allah dan tdk ada sesiapa yg boleh meruntuhkan atau menghancurkan Kaabah.
Berbalik pd sejarah kelahiran Nabi tadi, Rasulullah dilahirkan oleh ibu baginda Siti Aminah binti Abdul Manaf. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib tlh meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi. Ibu baginda pula meninggal dunia ketika baginda berusia 6 tahun. Ini menjadikan baginda seorang anak yatim piatu. Menurut sejarah, baginda tlh disusukan oleh ibu susuan baginda iaitu Halimatus Saadiah. Setelah ibu baginda meninggal dunia, baginda telah dijaga oleh datuk baginda, Abdul Mutalib. Namun, slps itu datuk baginda juga meninggal dunia dan akhirnya baginda tlh di jaga oleh bapa saudara baginda, Abu Talib. Ketika bersama Abu Talib, Rasulullah tlh mempelajari ilmu berniaga dan mengembala kambing. Baginda diberi gelaran Al-Amin yg bermaksud Yang Terpuji oleh pnduduk Mekah kerana baginda selalu bercakap benar dan tdk pernah berbohong. Baginda tlh berkahwin pd usia 25 tahun dgn Siti Khadijah yg berusia 40 tahun dan dikurniakan 7 orang anak ( 3 lelaki, 4 perempuan ). Baginda tlh dilantik menjadi Nabi pd usia 40 tahun di Gua Hira' berdasarkan turunnya wahyu pertama iaitu Surah al-'Alaq, ayat 1 hingga 5. Dilantik menjadi Rasul berdasarkan Surah al-Muddathir ketika baginda berselimut di rumah baginda akibat msh lagi terkejut dgn peristiwa di Gua Hira'. Siti Khadijah,isteri baginda menjadi orang pertama yg memeluk agama Islam slps perlantikan Nabi Muhammad sbg pesuruh Allah. Baginda tlh berdakwah selama 23 tahun ( 13 tahun di Mekah, 10 tahun di Madinah ). Baginda tlh berjaya membentuk sebuah negara Islam yg pertama iaitu Madinah ( Bandar yg bercahaya ) yg dahulunya dikenali sbg Yathrib. Rasulullah tlh wafat ketika berusia 63 tahun di Madinah pada tahun 632 Masihi.
Inilah serba sedkt sejarah mengenai Rasulullah yg ana dpt ceritakan kpd antum/antunna smua. Kalau nak ceritakan semua mengenai sejarah hidup baginda memang terlampau byk dan tdk mampu utk ana menulis dlm post kali ni. Ana cuma ingin menceritakan dan mengembalikan ingatan kita terhadap sejarah hidup Baginda, Rasulullah S.A.W supaya dpt meningkatkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah. Semoga kita tergolong dlm umat yg diberi syafaat oleh Rasulullah di akhirat kelak dgn cara memperbanyakkan selawat dan salam kpd junjungan besar baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Baiklah, sampai di sini sahaja ana menulis dlm post kali ni. Semoga kita berjumpa lagi dlm post yg akan datang. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum..
0 komen: