Abu Yazid Al Bustami : Anak Murid Imam Hanbali Yang Hebat (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t



Pada post kali ini, ana ingin berceritakan tentang seorang yang luar biasa kehebatannya dan beliau merupakan salah seorang anak murid Imam Hanbali yang hebat. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Abu Yazid Al Bustami. Nak tahu sejarah beliau ? Mari kita sama-sama menghayati sejarah kehidupannya.

Abu Yazid Al Bustami dilahirkan di Bustham, wilayah Parsi. Sejak dalam kandungan ibunya lagi beliau sudah menunjukkan kelebihan yang luar biasa. Apabila ibunya termakan makanan yang diragui halalnya, anak dalam kandungannya akan memberontak sehingga makanan itu dimuntahkan semula. Sebab itu, sejak dilahirkan, ayah dan ibunya memastikan setiap makanan yang disuapkan ke mulut Abu Yazid Al Bustami dipastikan daripada punca yang halal.

Apabila berumur tujuh tahun, Abu Yazid Al Bustami dihantar ke sekolah untuk mempelajari Al Quran. Dia belajar dengan tekun. Pada suatu hari, gurunya membacakan ayat dari surah Luqman yang bermaksud, "Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu."

Ayat ini sangat menggetarkan hati Abu Yazid Al Bustami, lalu beliau meminta izin gurunya untuk pulang ke rumah bagi menemui ayah dan ibunya.

"Kenapa kamu pulang ke rumah ? Apakah kamu sudah tidak berminat lagi mempelajari ilmu Al Quran ?" tanya ibunya hairan.

"Wahai ibuku, hari ini saya mempelajari ayat Al Quran yang memerintahkan agar berbakti kepadaNya juga kepada ayah dan ibu. Tetapi saya tidak dapat melaksanakan perintah itu dalam suatu masa, kerana itu saya berdoa kepada Allah semoga mengampunkan dosaku," jawab Abu Yazid Al Bustami.

"Wahai anakku, aku serahkan kamu kepada Allah dan aku bebaskan engkau daripada semua kewajipanmu terhadap ibu dan ayahmu. Pergilah kamu menuntut ilmu dan menjadi hambaNya," kata ibunya.

Barulah hati Abu Yazid Al Bustami senang dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Pada suatu hari, beliau pulang ke rumah kerana sudah lama tidak bertemu dengan ibunya. Pada malam itu, ibunya meminta diambilkan air minuman. Abu Yazid Al Bustami segera pergi mengambilkan air untuk ibunya tetapi beliau mendapati air di dalam tempayan di rumahnya sudah kering. Lalu Abu Yazid Al Bustami segera pergi ke sungai membawa sebuah bekas air. Apabila pulang ke rumah didapati ibunya tertidur kerana keletihan. Beliau tidak sampai hati mahu mengejutkan ibunya yang sedang tidur lena. Lalu dipeluknya bekas air minuman itu sehingga ibunya terjaga.

"Kenapa kamu berdiri sambil memeluk bekas air minuman itu ?" tanya ibunya hairan.

"Sebentar tadi ibu minta diambilkan air minuman. Tetapi air dalam tempayan sudah kehabisan. Lalu saya ke sungai mengambil air. Apabila pulang ibu sedang tidur. Saya terus berdiri dan memeluk bekas air minuman ini kerana takut saya juga teritdur sedangkan ibu memerlukan air minuman ini," jawab Abu Yazid Al Bustami.

Selain hormat dan sayang kepada ayah dan ibunya, Abu Yazid Al Bustami juga sangat hormat kepada gurunya. Pada suatu hari, gurunya meminta diambilkan sebuah buku yang terletak di atas jendela.

"Jendela yang mana satu wahai guruku ?" tanya Abu Yazid Al Bustami.

"Sudah lama kamu berguru denganku, apakah kamu tidak tahu rumahku ini cuma ada sebuah jendela sahaja ?" tanya gurunya pula.

"Saya datang ke sini untuk belajar ilmu dengan tuan. Apabila tuan mengajar, saya tidak pernah melihat ke arah lain selain wajah tuan. Saya tidak tahu rumah tuan cuma ada satu jendela sahaja," jawab Abu Yazid Al Bustami.

Beliau terus menuntut ilmu sehingga gurunya berjumlah 113 orang. Pada suatu hari, beliau mendengar ada seorang guru di Kufah lalu teringin untuk menuntut ilmu dengannya. Tetapi apabila bertemu dengan guru itu dilihatnya lelaki itu meludah ke arah kiblat. Beliau terus membatalkan hasratnya untuk berguru dengan lelaki itu kerana baginya meludah ke arah kiblat bermakna menghina Kaabah.

Kemudian beliau mendengar orang ramai bercerita tentang Imam Hanbali yang dibebaskan dari penjara. Beliau terus berangkat ke Baghdad untuk berguru dengannya. Apabila sampai di Masjid Jamek Kota Baghdad, Abu Yazid Al Bustami berdiri di pintu masjid sambil menangis.

"Kenapa engkau menangis wahai Abu Yazid Al Bustami ?" tanya kawan-kawannya.

"Aku berasa malu hendak masuk ke dalam masjid yang di dalamnya ada seorang ulama yang begitu hebat sedang mengajar," jawab Abu Yazid Al Bustami. Selepas berguru dengan Imam Hanbali, beliau pulang ke Bustam.


Nak tahu cerita selanjutnya ? Tunggu post yang akan datang. InsyaAllah akan ditulis pada masa akan datang. Semoga anda dapat mengambil pengajaran yang berguna dalam kisah tadi. Wallahu'alam.



0 komen:

Perjuangkan Allah

Sembahlah Allah Tuhan semesta
Besarkanlah melalui ibadah
Kita hambanya perlu menyembahnya
Merendah diri, memuja kebesarannya

Para pemimpin hendaklah hormati
Dan juga ibu dan bapa
Jasa orang tua jangan dilupa
Guru-guru juga dikenang jasanya

Bangsa yang hina tiada menyembah Allah
Tiada merendah diri kepada Tuhan
Menghormati pemimpin sudah tiada
Ibu bapa telah disia-siakan

Bangsa yang rendah melupakan orang tua
Apatah lagi jasa-jasa gurunya
Yang telah berjasa kepada bangsa
Kepada negara dan agamanya

Jadilah bangsa yang bermaruah
Tinggi akhlaknya mulia budi bahasa
Allah disembah, Allah dipuja

Para pemimpin dikenang jasanya




0 komen:

Adab dan Sopan

Ingatlah pesan junjungan
Amalkan adab dan sopan
Pada ibu, guru dan kawan
Moga hidup tenang dan aman

Buat baik berpada-pada
Tabiat buruk dijauhkan
Akhlak baik semua suka
Sampai mati dalam ingatan

Sabarlah jika dibenci
Jangan berdendam di hati
Terhadapnya kita hormati
Moga hidup saling diberkati

Janganlah berdusta
Dan megah dan bernista
Bersabar sahaja
Jika kita dicerca

Janganlah
Menghina, menuduh, memfitnah
Serahkan kepada Allah

Jika kita ditohmah




0 komen:

Nasihat Imam Malik

  1. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
  2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang taqwa dan khusyuk.
  3. Apabila seorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.
  4. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan.
  5. Siapa yang mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.
  6. Perumpamaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid adalah seperti burung yang berada dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka, mereka berebut-rebut keluar.
  7. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama' akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi.
  8. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.
  9. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia warak, bersikap tenang dan taqwa.
  10. Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadikan ilmu itu hina.
  11. Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.
  12. Allah tidak kasih pada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.
  13. Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi memuliakan ilmu.
  14. Siapa yang tahu percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kuranglah percakapannya.
  15. Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.
  16. Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri dia pun tidak baik di sisi manusia.
  17. Seseorang itu tidak menjadi orang baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya. Apabila dia bersikap demikian, akan terbuka mata hatinya kepada Allah.
  18. Tidak ada kebaikan bagi siapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.




0 komen:

Kembara Cinta


Telah Ditentukan Fitrah Insani
Ingin Bercinta Dan Dicintai
Cinta Pada Tuhan
Cinta Pada Insan
Demi Kebahagiaan Kesejahteraan

Namun Cinta
Penuh Kembara
Mudah Menyimpang
Bahagia Di Cita
Tapi Sengsara

Cinta Yang Di Mata
Nafsu Melulu
Bahagianya Sementara
Manis Bahasa
Kosong Dan Palsu

Oh...Kembalilah
Pada Cinta Hakiki
Cinta Pada Illahi
Cinta Fitrah Lagi Murni
Itulah Cinta Yang Abadi






0 komen:

Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi orang yang menghargai jasa guru-guru mereka. Tanggal 16 Mei, seluruh Malaysia akan menyambut hari ini sebagai hari memperingati guru-guru yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa. Tanpa mereka, tidak akan lahirlah seorang pemimpin yang berwibawa dan adil, tidak akan lahirlah seorang hakim yang adil lagi bijaksana, tidak akan lahir seorang ulama' yang tinggi ilmunya dan tidak lahirlah seorang manusia yang hebat di dunia dan di akhirat. Itulah tugas seorang guru yang sangat berat untuk dipikul. Tetapi mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh gigih tanpa mengira penat lelah mereka.

Oleh itu, dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar ana, yang memberi ilmu bermanfaat kepada ana tidak kira secara formal atau tidak formal, secara langsung ataupun tidak langsung, dan sentiasa bersabar ketika mengajar ana dahulu. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang guru telah curahkan diredhai Allah hendaknya. Tidak akan terbalas jasa dan pengorbanan guru-guru ana ini. Hanya doa yang mampu ana berikan.


  • Tadika An-Najmi, Dungun (1999)
  • SRI Pintar, Dungun (2000)
  • SRI Al-Amin, Dungun (2001-2006)
  • SK Sura, Dungun (2004)
  • SRI Al-Amin, Kuala Terengganu (2004)
  • SM Imtiaz Dungun (2007)
  • SMA Sultan Ismail Dungun (2008-2011)
  • Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai (2012-sekarang)


Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru ana yang telah mengajar dan mendidik ana dari segi akademik dan juga sahsiah sepanjang ana bersekolah dahulu. Dan tidak lupa juga kepada ibu dan ayah ana yang merupakan pendidik utama dalam keluarga. Dan yang peling penting kepada guru-guru mursyid ana yang telah mendidik ana mengenal Allah Yang Maha Esa, mengenalkan ana dengan sifat 20 Allah, dan sebagainya yang telah mendidik sedaya upaya untuk memantapkan aqidah ana. InsyaAllah, segala pesanan dan nasihat yang guru berikan, akan ana ingati dan amalkan. InsyaAllah. Maafkan segala kekurangan, kesalahan dan kesilapan ana ketika menjadi anak murid dahulu. Wallahu'alam.




0 komen:

Nissan GTR R35

Little information about Nissan GTR R35,



Manufacturer : Nissan
Production : Q4 2007 - present
Assembly : Kaminokawa, Tochigi, Japan
Predecessor : Nissan Skyline GT-R
Class : Sports car
Body Style : 2-door coupe
Layout : Front engine, all wheel drive
Platform : Premium Midship
Engine : 3.8L VR38DETT twin-turbo V6, 550 hp
Transmission : 6-speed semi-automatic dual clutch transmission
Wheelbase : 2,780 mm (109.4 in)
Length : 183.9 in (4,671 mm)
Width : 74.9 in (1,902 mm)
Height : 54.0 in (1,372 mm)
Curb Weight : 1,740 kg (3,800 lb)
Designer : Shiro Nakamura










0 komen:

Housemates


Assalamualaikum..

Pada post kali ini, ana ingin memberikan pandangan sedikit mengenai housemates ana yang kacak dan baik ini. Sekadar perhargaan kepada mereka sebagai housemates ana sepanjang berada di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) ketika sedang belajar di peringkat tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
_________________________________________________________________________________

Ahmad Fikri berasal dari Selangor. Digelar ‘cute’ kerana wajahnya yang sangat ceria dan comel. Seorang yang berkulit agak gelap sedikit tetapi baik orangnya. Dia seorang yang sangat peramah dan kerana peramahnya dia mempunyai ramai kawan. Sikapnya disegani semua orang. Dia suka membaca buku-buku ilmiah bahkan semua buku dia baca. Sebab itu apabila bercakap mengenai sesuatu, banyak perkara yang dia tahu. Dia murah dengan senyuman malahan senyuman dia sungguh menawan. Dia suka bergurau dengan kawan-kawannya sebab itu dia rapat dengan kawan-kawan dia.
 
Muhd Zamirberasal dari Melaka. Seorang yang pendiam tetapi berbisa kerana dia suka mengenakan kawan-kawan dia terutama yang satu rumah dengannya. Namun begitu, dia seorang yang sangat baik. Dia seorang yang sukakan kebersihan. Tanpa dia, tak bersih manalah rumah. Jika rumah kotor, dialah yang bising. Dia seorang yang rajin belajar. Dia juga selalu tidur awal dan jarang sekali dia tidur lewat. Dia selalu bangun awal di pagi hari. Kawan-kawan dia dirumah menganggap dia sebagai abang kerana dia suka bagi nasihat.
 
Muhamad Aslamberasal dari Johor. Seorang yang comel molek dan rendah orangnya. Gayanya pula ala-ala k-pop sikit sebab rambutnya. Seorang yang baik dan pemalu. Dia seorang yang sentiasa bersederhana. Seorang yang pemurah dan tak berkira. Suka bergurau sesama kawan-kawannya. Suka menolong kawan-kawannya tanpa alasan. Suka bersembang-sembang dengan ahli-ahli rumah dan kawan-kawannya. Dengan itu, boleh merapatkan ukhuwah antara kami.
 
Ahmad Hilmiberasal dari Terengganu. Seorang yang mempunyai ciri fizikal badan yang tinggi dan kurus. Suka menutup kepala walau ke mana jua dia pergi. Seorang yang baik dan pemurah orangnya. Suka menunaikan solat berjemaah di surau setiap masa. Jarang sekali dia tak pergi. Dia suka bermain games dalam komputer. Kadang-kadang sampai tak ingat ke dunia masa main games tu. Tapi dialah yang ‘power’ main games ni. Mahir dalam bidang komputer.
 
Mohd Saiful Imanberasal dari Selangor. Dia seorang yang ‘handsome’ dan memakai cermin mata. Dia terlibat dengan persembahan nasyid kerana suaranya yang sungguh merdu. Dia juga aktif dalam berdakwah. Sebab itu, walaupun dia selalu tidak ada dekat rumah, dia sebenarnya keluar mencari ilmu untuk berdakwah, membantu orang lain dalam berdakwah. Dia seorang yang boleh memberi tazkirah kepada kawan-kawannya. Seorang yang baik dan suka bergurau. Dia juga suka membantu kawan-kawannya yang dalam kesusahan.
 
Azim Firdausberasal dari Kelantan. Seorang yang baik dan pendiam. Suka memasak sehingga digelar tukang masak di rumah kami. Seorang yang rajin dan kuat belajar sehinggakan hampir setiap malam, dia akan bangun untuk belajar. Suka bertanya kepada kawan-kawan apabila tidak faham akan sesuatu. Seorang yang kuat berusaha dan tidak pernah mengenal erti penat lelah berusaha.
 
Afiq Faisalberasal dari Kelantan. Seorang yang suka bersukan. Dialah atlet sukan paling aktif dalam rumah kami. Bukan setakat ‘power’ bermain bola di alam nyata malahan di alam maya pun dia ‘power’. Dia seorang yang baik dan suka bercerita. Walaupun suaranya agak perlahan apabila bercerita, tapi fahamlah juga apa yang nak disampaikan. Kuat berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna. Sanggup tak tidur malam semata-mata ingin menyiapkan sesuatu kerja dengan sempurna.

_________________________________________________________________________________

Mungkin banyak lagi yang tak dapat dinyatakan sebab setahun je pun bersama. Walaubagaimanapun, terima kasih kerana telah bersama-sama dalam satu rumah kita bermain, bergurau, belajar, makan, minum dan sebagainya. Semoga persahabatan kita yang telah terjalin ini sampai ke syurga. InsyaAllah. Akhir kalam, selamat menggapai cita-cita dan impian dalam hidup. Dan yang paling penting, ingat Allah selalu walau dimana jua berada kerana apabila Allah dijadikan sebagai kawan, Allah akan melindungi kita sepanjang masa. Ingatlah Allah selalu, insyaAllah hidup kita akan lebih bahagia.









4 komen:

Ulama Pewaris Nabi


Ulama pewaris nabi,
Beribadah banyak sekali,
Akhlak baiknya ketara sekali,
Ia jadi bunga diri,

Pemurahnya laksana air yang deras,
Tawadhuknya menyejukkan hati,
Kasih sayang nampak diwajahnya,
Dia hidup sederhana,

Dia bercakap dari hati,
Bukan dari hobinya sendiri,
Bukan kerana pangkat yang rasmi,
Bukan kerana jawatan yang tinggi,

Dia menasihati manusia,
Yang di atas dan yang di bawah,
Yang berkuasa dan rakyat jelata,
Nasihat kepada yang jahil,

Ingin mendekati untuk dibaiki,
Dia marah tidak ketara,
Beraninya luar biasa,
Kepada siapa sahaja,

Diri, keluarga contoh masyarakat,
Pimpinannya kepada ummat,
Mengingatkan tipu daya dunia,
Cintakan kepada akhirat,

Berfatwa sungguh berhati-hati,
Memfitnah jauh sekali,
Dihormati oleh semua,
Segenap lapisan masyarakat,

Kecuali yang hasad dengki,
Dan munafik di zaman ini,
Dia ditakuti yang punya cemeti,
Kerana cakapnya diikuti.





0 komen:

Pandangan Abdullah bin Abbas mengenai Khulafa' Ar-Rasyidin



Pandangan Abdullah bin Abbas mengenai Khulafa' Ar-Rasyidin

Abdullah bin Abbas pernah dipanggil oleh khalifah Muawiyah, khalifah Bani Umaiyah yang pertama untuk bertanyakan pendapatnya mengenai Khulafa' Ar-Rasyidin. Maka, inilah jawapan Abdullah bin Abbas mengenai mereka.

Abu Bakar As-Siddiq


"Demi Allah, Abu Bakar As-Siddiq suka membaca Al-Quran, membenci kejahatan, tidak pernah membuat maksiat dan berlaku zalim. Beliau selalu larang membuat kemungkaran, sangat ahli dalam urusan agamanya serta beliau begitu takut kepada Allah. Beliau juga sentiasa bangun pada waktu malamnya, apabila siang beliau berpuasa, sentiasa membelakangi urusan dunianya kerana lebih pentingkan urusan akhirat. Beliau dikenali rakyat kerana sikap adilnya, membuat kebaikan dalam setiap amal ibadahnya, sentiasa bersyukur dalam segala perkara, pagi dan petang lidahnya sentiasa berzikir, dan segala kepentingan diri ditinggalkan. Beliau sentiasa melebihi dalam kewarakan, kesederhanaan, kezuhudan, kecukupan, kebajikan, kelengkapan, ketaatan, dan dalam menyesuaikan diri pada semua keadaan, berbanding teman-temannya, kerana itu mudah-mudahan Allah menurunkan kutukan-Nya pada siapa yang membencinya hingga ke hari kiamat !"

Umar Al-Khattab


"Umar Al-Khattab pembela Islam, pelindung anak-anak yatim, induknya iman, beliau tempat bergantungnya orang yang lemah dan tempat rujukan semua orang yang beragama. Beliau adalah benteng bagi sekalian umat dan tempat memohon bagi semua rakyat. Beliau berjuang menegakkan hak Allah dengan penuh tekun dan sabar, hingga Allah memenagkan agama ini kepada ramai manusia, dan membuka banyak negara di bawah taklukannya. Kini, sebutan nama Allah tersebar pada setiap lembah dan negeri, pada setiap tanah rata dan bukit-bukit, pada setiap kota dan kampung halaman. Beliau selalu menjauhkan diri dari berkata keji, sentiasa bersyukur dalam keadaan susah dan senang, tidak pernah berhenti daripada mengingati Allah dan selalu menepati janji. Kerana itu, mudah-mudahan Allah menurunkan kutukan-Nya kepada siapa yang membencinya hingga ke hari penyesalan pada hari kiamat nanti !"

Uthman bin Affan


"Uthman Affan adalah semulia-mulia makhluk. Beliau suka membantu kaum keluarganya dan bersikap berani menghadapi musuh di medan perang. Pada waktu malam beliau terus dalam keadaan bersujud, apabila mengingati Tuhan bergenang air matanya, siang dan malam menanggung fikiran, sentiasa bergerak ke arah sifat yang dimuliakan, sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan yang mencelakakan demi memelihara diri, dan mencari keselamatan. Beliau mengeluarkan hartanya bagi membiayai bala tentera, dan membayar harga yang mahal bagi membeli sumber air untuk rakyat jelata. Beliau juga seorang yang menikahi dua puteri Nabi Muhammad yang mulia. Semoga Allah menurunkan kemurkaan-Nya ke atas siapa yang mencacinya hingga ke hari kiamat."

Ali bin Abi Talib


"Demi Allah, Ali bin Abi Talib adalah panji-panji hidayah, sarangnya taqwa, sumbernya segala akal dan kepintaran, pokok daripada segala kecantikan dan kesempurnaan. Beliau adalah cahaya yang bersinar di tengah kegelapan malam dan selalu mengajak ke jalan yang benar, serta mencari ilmu yang mendalam. Beliau ahli dalam mentafsirkan kitab-kitab dan pakar dalam pentakwilan Al-Quran yang mulia, sentiasa berpegang pada sebab-sebab petunjuk agama, selalu membelakangi sikap yang zalim ataupun suka menganiaya, selalu menjauhkan diri daripada jalan-jalan buruk dan binasa, suka mendampingkan diri kepada orang yang beriman yang taqwanya amat ketara. Beliau adalah sebaik-baik manusia kerana tinggi ilmunya. Banyak kebaikan yang dilakukannya dalam segala perkara, dan nampak jelas keadilannya apabila menjadi hakim walau di mana sahaja. Beliau bijak dalam berpidato dan berbicara, tiada siapa yang dapat mengalahkannya biar datangnya dari segala penjuru alam dan dunia, hanya yang dapat mengatasinya adalah sekalian para nabi dan rasul yang mendapat keutamaan Tuhan, khususnya Nabi Muhammad yang terpelihara dan terutama dalam semua waktu dan zaman. Ali bin Abi Talib adalah orang yang pernah bersembahyang dengan Nabi Muhammad hingga mereka menghadap ke arah dua kiblat, apakah ada orang lain yang dapat menandinginya ? Beliau menikahi semulia-mulia wanita iaitu Siti Fatimah binti Rasulullah, apakah ada orang yang dapat menyamainya ? Ali bin Abi Talib juga adalah ayah kepada dua cucunda Rasulullah yang dikasihinya, apakah ada lagi kelebihan yang lebih tinggi daripadanya ? Kedua-dua belah biji mata saya ini belum pernah melihat orang yang paling bertaqwa sepertinya, dan barangkali tidak akan dapat melihat seumpamanya hingga ke hari kiamat, hari pertemuan dengan Allah, Tuhan semesta alam. Jadi, siapa yang melaknatinya, turunlah laknat Allah dan laknat para hamba-Nya ke atas orang itu hinggalah ke hari kiamat."



0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...