Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi orang yang menghargai jasa guru-guru mereka. Tanggal 16 Mei, seluruh Malaysia akan menyambut hari ini sebagai hari memperingati guru-guru yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa. Tanpa mereka, tidak akan lahirlah seorang pemimpin yang berwibawa dan adil, tidak akan lahirlah seorang hakim yang adil lagi bijaksana, tidak akan lahir seorang ulama' yang tinggi ilmunya dan tidak lahirlah seorang manusia yang hebat di dunia dan di akhirat. Itulah tugas seorang guru yang sangat berat untuk dipikul. Tetapi mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh gigih tanpa mengira penat lelah mereka.

Oleh itu, dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar ana, yang memberi ilmu bermanfaat kepada ana tidak kira secara formal atau tidak formal, secara langsung ataupun tidak langsung, dan sentiasa bersabar ketika mengajar ana dahulu. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang guru telah curahkan diredhai Allah hendaknya. Tidak akan terbalas jasa dan pengorbanan guru-guru ana ini. Hanya doa yang mampu ana berikan.


  • Tadika An-Najmi, Dungun (1999)
  • SRI Pintar, Dungun (2000)
  • SRI Al-Amin, Dungun (2001-2006)
  • SK Sura, Dungun (2004)
  • SRI Al-Amin, Kuala Terengganu (2004)
  • SM Imtiaz Dungun (2007)
  • SMA Sultan Ismail Dungun (2008-2011)
  • Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai (2012-sekarang)


Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru ana yang telah mengajar dan mendidik ana dari segi akademik dan juga sahsiah sepanjang ana bersekolah dahulu. Dan tidak lupa juga kepada ibu dan ayah ana yang merupakan pendidik utama dalam keluarga. Dan yang peling penting kepada guru-guru mursyid ana yang telah mendidik ana mengenal Allah Yang Maha Esa, mengenalkan ana dengan sifat 20 Allah, dan sebagainya yang telah mendidik sedaya upaya untuk memantapkan aqidah ana. InsyaAllah, segala pesanan dan nasihat yang guru berikan, akan ana ingati dan amalkan. InsyaAllah. Maafkan segala kekurangan, kesalahan dan kesilapan ana ketika menjadi anak murid dahulu. Wallahu'alam.




Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...