Nasihat Imam Malik
14:20
Ditulis oleh
Al Fateh Gtr
- Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
- Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang taqwa dan khusyuk.
- Apabila seorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.
- Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan.
- Siapa yang mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.
- Perumpamaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid adalah seperti burung yang berada dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka, mereka berebut-rebut keluar.
- Menurut apa yang diketahui bahawa ulama' akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi.
- Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.
- Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia warak, bersikap tenang dan taqwa.
- Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadikan ilmu itu hina.
- Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.
- Allah tidak kasih pada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.
- Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi memuliakan ilmu.
- Siapa yang tahu percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kuranglah percakapannya.
- Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.
- Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri dia pun tidak baik di sisi manusia.
- Seseorang itu tidak menjadi orang baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya. Apabila dia bersikap demikian, akan terbuka mata hatinya kepada Allah.
- Tidak ada kebaikan bagi siapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.
Written by admin
Menuntut ilmu merupakan suatu kefardhuan bagi setiap Muslim. Ini bermakna wajib bagi setiap muslim itu menuntut ilmu dan menyampaikannya pula kepada orang lain. Sabda Nabi SAW,"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat".
0 komen: