Apa itu Taqwa. . . ? ?

Assalamualaikum..

Pada post kali ini, ana ingin menyentuh sedikit tentang TAQWA.
Apa itu TAQWA, antum/antunna semua..??
Kebanyakan manusia kurang faham erti taqwa ini. Ada yang memberi maksud taqwa itu sebagai takutkan Tuhan.
Antum/antunna, taqwa sebenarnya bukan bererti takutkan Tuhan. Sifat takutkan Tuhan itu adalah sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tersebut.



Hakikatnya taqwa itu sebenarnya bermaksud memelihara. Hujahnya dapat dilihat dalam ayat Al-Quran yang bermaksud:


" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. "
( At-Tahrim : 6 )

Di dalam Al-Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf daripada kalimah asal iaitu waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini, ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu sebagai kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.

Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang di suruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Maksud sebenar taqwa adalah lebih global dan luas. Taqwa adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di dalam taqwa ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa ini. Taqwa akan membawa keselamatan dunia dan akhirat.

Oleh itu, orang yang bertaqwa adalah orang yang sangat luar biasa. Hal ini kerana dia sangat dikasihi oleh Allah. Sebab itu, orang yang bertaqwa ini akan sentiasa dibela dan dibantu Allah walaupun bermacam-macam ujian yang menimpanya. Hanya orang yang bertaqwa sahaja akan selamat dunia dan akhirat. Mari kita lihat sejarah orang-orang yang bertaqwa dahulu. Semuanya hebat-hebat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Umar Abd Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al Fateh dan ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang telah melakar sejarah menentang musuh-musuh Allah dan menyumbang kepada Islam.
Bagaimana mereka berjaya lakukannya?
Taqwalah kuncinya.
Oleh itu, jika kita mahu kembalikan Islam di akhir zaman ini, marilah kita sama-sama mengusahakan diri untuk menjadi orang bertaqwa. InsyaAllah. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum..


Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...