Daerah Kuala Nerus. . . ? ? ?

Assalamualaikum..

Semalam ana telah membaca akhbar Sinar Harian.
Ana tertarik dengan satu berita di Terengganu iaitu Perancangan Penubuhan Daerah Kuala Nerus.
Nampak gayanya geografi bumi Terengganu bakal berubah la sebabnya daerah di negeri Terengganu bakal bertambah menjadi lapan.
Mesti antum/antunna nak tahu di mana daerah Kuala Nerus tu kan?
Haaa.
Daerah Kuala Nerus akan meliputi mukim Batu Rakit, Kuala Nerus, Belara dan pulau-pulau sekitarnya yang sebelum ini, mukim tersebut berada di dalam daerah Kuala Terengganu iaitu di utara daerah Kuala Terengganu dan bakal bersempadan dengan daerah Setiu.
Selepas ini, negeri Terengganu akan mempunyai 8 daerah iaitu daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan daerah yang bakal ditubuhkan iaitu daerah Kuala Nerus.
Sampai di sini sajalah maklumat yang terbaru yang ana dapat sampaikan.
Insya-Allah kalau ada maklumat yang terbaru, ana akan cuba maklumkan lagilah.
Wallahu'alam.

Masjid Kristal ( Gambar Hiasan )

Wassalamualaikum..


Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...