Kisah Seorang Buta
Assalamualaikum..
Pada post kali ini, ana ingin berkongsi dengan antum/antunna mengenai kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kisahnya adalah seperti berikut.
Pada zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW, ada seorang musyrikin yang buta. Dia sangat membenci Rasulullah SAW. Oleh sebab dia buta, maka Nabi Muhammad SAW selalu membantunya. Memberi makan, memberi minum dan membawa dia ke mana sahaja. Orang musyrikin yang buta itu tida mengetahui bahawa yang selalu membantunya adalah Rasulullah kerana Baginda SAW tidak memberitahu kepada orang musyrikin yang buta itu. Dia selalu menceritakan kepada Rasulullah yang dia sangat membenci Rasulullah tetapi Rasulullah tidak pernah memarahinya. Betapa pengasihnya Rasulullah. Baginda SAW tetap membantu orang buta itu meskipun orang buta itu membenci Baginda SAW. Pernah suatu hari, orang buta itu menyuruh Rasulullah membawa dia pergi jauh kerana tidak mahu mendengar nama Muhammad SAW sehingga dia tidak mendengar lagi orang menyebut nama Muhammad SAW. Rasulullah tetap menunaikan permintaan orang buta itu dengan sungguhnya.
Pada suatu hari, Rasulullah pun wafat. Oleh itu, Saidina Abu Bakar telah mengganti tempat Rasulullah untuk menjaga orang yang buta itu. Tetapi orang buta itu merasa ada kelainan daripada orang yang menjaga sebelumnya. Maka orang buta itu bertanya kepada Saidina Abu Bakar,
" Siapakah kamu? "
Maka Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjawab,
" Aku, Abu Bakar pengganti orang sebelumnya, Rasulullah dimana Baginda SAW telah pun wafat "
Maka terkejutlah orang buta itu kerana yang menjaganya sebelum ini adalah orang yang paling dibencinya. Kerana terkejutnya menyebabkan dia meninggal dunia tetapi dia sempat mengucap dua kalimah syahadah. Islamlah dia.
Subhanallah. Sungguh mulia keperibadian Nabi Muhammad SAW. Tidak ada siapa yang dapat menandinginya. Marilah kita bersama-sama mencontohi akhlak Rasulullah agar kita mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum...
0 komen: