Soalan dan Jawapannya. . .
Assalamualaikum..
Pada post kali ini, ana ingin menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh IZZah HaFizAh pada blognya. Jadi, di sini adalah jawapannya.
Bagi soalan utama: Story About Myself?
Soalan seperti ini agak payah untuk ana menerangkannya. Tapi, dah ditanya, ana akan jawablah sekadar yang mampu. Tentang diri ana. Ana hanyalah seorang hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari kesilapan dan kesalahan. Ana tidak boleh memberitahu nama ana sebenar, cukuplah sekadar nama samaran ana sebagai Al Fateh Gtr. Tujuan ana buat nama samaran ini adalah untuk keselamatan dalam alam siber ini. Ana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana didikan agama yang cukup kuat. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menetapkan hati ana pada agama-Nya. Ana menetap di sebuah negeri yang dikenali sebagai Negeri Anjung Ilmu iaitu Terengganu. Walaupun ana dilahirkan di negeri lain tetapi darah keturunan ana berasal dari negeri Terengganu kerana ibu dan ayah ana merupakan anak Terengganu. Cita-cita dan impian ana adalah untuk menegakkan kembali syiar Islam dan ana berdoa semoga kebangkitan Islam itu berlaku pada zaman ana. Jikalau tidak berlaku semasa ana hidup, ana harap keturunan ana dapat bersama pada zaman tersebut. Inilah impian ana yang paling besar. Ana rasa cukuplah sekadar itu. Ana sebenarnya tidak pandai untuk menceritakan tentang diri ana sendiri. Sekadar inilah sajalah yang ana mampu untuk jawab persoalan di atas. Harap boleh diterima la ye.
Untuk soalan seterusnya:
1. Nickname ana di rumah?
Jawapannya: Nama ana yang sebenarla wahai cik iZZah HaFizAh. Faham-faham jela ye.
2. Pendapat ana tentang kahwin awal ataupun kahwin pada usia muda?
Jawapannya: Pada pendapat ana, kahwin awal atau kahwin pada usia muda itu adalah sangat bagus kerana mereka yang berkahwin awal dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat seperti yang sedang berleluasa pada hari ini iaitu zina, membuang bayi dan sebagainya. Hal ini juga dapat mengurangkan gejala sosial. Rasulullah juga pernah bersabda, maksudnya:
" Wahai golongan pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa menjadi pelindung kepadanya. "
( Riwayat Bukhari )
Rasulullah sendiri menggalakkan perkahwinan itu. Namun begitu, mereka perlulah memahami tanggungjawab sebagai suami isteri dan sebagai seorang ayah dan ibu yang bakal digalas nanti. Mereka hendaklah dipenuhi dengan ilmu agama yang secukupnya sebelum melangsungkan perkahwinan supaya perkahwinan tersebut bahagia walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam rumahtangga tersebut. Wallahua'alam.
3. Story yang paling best pada masa kecil?
Jawapannya: Ana dah tak ingat story apa yang paling best masa kecil dulu. Sorry.
4. Negeri yang paling best selain negeri Terengganu?
Jawapannya: Ana rasa negeri Selangor kerana di situ ana telah dilahirkan. Hehe.
5. Peribahasa yang melambangkan diri ana?
Jawapannya: Ana tak pastila peribahasa apa yang sesuai untuk diri ana. Sorry sekali lagi tak dapat nak jawab soalan ini.
Soalan yang terakhir ini adalah permintaan daripada tuan empunya blog Ha_iZ LiFe. Admin blog ini telah meminta ana untuk menyenaraikan 3 kelebihan dan 3 kekurangan yang ada pada blognya. Baiklah. Ini respon ana. Harap anti dapat terima la ye.
3 Kelebihan:
- Cantik
- Berwarna-warni
- Ada signature
3 Kekurangan:
- Agak serabut
- Font tulisan kurang menarik
- Blog agak besar
Hanya sekadar inilah yang ana mampu jawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Harap anti berpuas hati dengan jawapan ana ini. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum..
Credit to: Ha_iZ
0 komen: