Hari Valentine Merosakkan Akhlak
Assalamualaikum...
Valentines Day..??
Perayaan ini disambut pada 14 Februari setiap tahun dengan tujuan untuk memperingati kekasih.
Adakah antum/antunna tahu apakah hukum menyambutnya ataupun meraikannya..??
Ramai yang mengatakan hukumnya HARAM.
Mengapa..??
Kerana memang sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan perayaan ini haram.
Apakah sebabnya sambutan ini haram..??
Pada pendapat ana, ada beberapa sebab mengapa sambutan perayaan ini haram diantaranya:
1. Perayaan Hari Valentine ini akan menggalakkan remaja-remaja khususnya yang beragama Islam untuk ber'couple' dan meningkatkan lagi statistik remaja-remaja kini untuk berzina. Pada Hari Valentine inilah pasangan-pasangan kekasih akan menunjukkan kesucian cinta mereka. Kebiasaannya, pada Hari Valentine ini, si lelaki akan mengajak kekasihnya pergi keluar berdua-duaan meraikannya dengan mengadakan parti ataupun keluar ke tempat-tempat yang tertentu sehingga larut malam. Ada juga sesetengahnya si lelaki akan memberi hadiah yang istimewa kepada kekasihnya sebagai tanda 'cinta' kepadanya. Perayaan ini bahkan digalakkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak media dengan menyiarkan siaran-siaran yang berkaitan dengannya. Adakah sambutan perayaan ini dibenarkan dalam Islam..?? Ulama' telah bersepakat menyatakan bahawa hukum menyambut perayaan ini adalah haram kerana ianya boleh merosakkan aqidah Islam dan menggalakkan remaja-remaja untuk melakukan maksiat. Ini akan merugikan agama, bangsa dan negara. Tidakkah antum/antunna nampak kesannya? Sebab itu ianya HARAM.
2.
" Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka "
( Hadis Riwayat Imam Abu Daud )
Apa kaitan hadis ini ye..??
Kaitannya, dari manakah asal perayaan Hari Valentine ini antum/antunna semua..??
Mari kita lihat sejarah sambutan perayaan Hari Valentine ini. Ada 3 pendapat mengenai sejarahnya iaitu:
- Pendapat pertama: Sejarah mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua: Sejarah mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini. Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan "From your Valentine" (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga: Sejarah menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Sambutan perayaan ini tidak ada kaitan langsung dengan agama Islam. Malah, sambutan ini merupakan sambutan orang-orang yang beragama Kristian. Bukankah haram kita menyambut perayaan agama lain..??
Sebab itu perayaan Hari Valentine diharamkan oleh ulama'-ulama' kerana bercanggah dengan syariat Islam.
Jadi, marilah kita sama-sama menghindarkan diri daripada menyambut perayaan ini.
Tidak ada manfaat langsung yang kita akan perolehi melainkan dosa dan azab api neraka yang bakal menunggu di akhirat kelak.
Wallahu'alam.
Wassalamualaikum..
0 komen: