SaLaM MauLiDuRRaSuL 1433H / 2012M
Assalamualaikum..
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H |
Salam Maulidur Rasul
Ana ucapkan kepada antum/antunna dan umat Islam di seluruh dunia. Sambutan Maulidur Rasul disambut bagi memperingati kelahiran Rasulullah dan menghayati sejarah perjuangan Baginda SAW. Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan meriah sekali. Sambutan Maulidur Rasul 1433H bersamaan 2012 Masihi di Malaysia, ana rasa paling meriah sambutannya berbanding tahun-tahun yang lalu. Hal ini kerana sambutan Maulidur Rasul disambut pada tahun ini dimeriahkan dengan program-program yang begitu hebat sekali terutamanya program yang telah dianjurkan oleh sebuah syarikat media Islam dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu TV Al-Hijrah. Rancangan-rancangan yang baru disiarkan di TV Al-Hijrah sangat bertepatan dengan penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah SAW. Dengan ini, orang ramai akan lebih faham dan dapat menghayati sejarah perjuangan Baginda SAW dalam menyebarkan agama Islam.
Jom pergi...!! |
Sebagai individu Muslim, kita boleh meningkatkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, kita juga digalakkan untuk sentiasa memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda. Kita juga boleh menghadirkan diri mendengar ceramah-ceramah yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul ini. Sekurangnya kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah Rasulullah. Sehubungan dengan itu juga, kita boleh mengikuti program maulud berzanji dan berselawat seperti yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah serta berbagai-bagai program lagi yang kita boleh ikuti sempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini.
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, ana nak cerita sedikit apa yang tersirat di sebalik sambutan ini. Sambutan Maulidur Rasul ini memang disambut di seluruh dunia tetapi ada juga yang tidak menyambutnya. Kalau tidak menyambut, tak apalah. Tetapi ada yang sesetengah tu pula menghukumkan bahawa haram menyambut Maulidur Rasul.
Alasannya...?
Alasan mereka, mereka menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah dan ianya adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu adalah sesat.
Betulkah begitu...?
Tidak..!
Tidak sama sekali.
Jawapannya memanglah sambutan Maulidur Rasul ini adalah bid'ah yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah tetapi telah disambut pada zaman tabi'in. Walaupun sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah, tetapi ianya adalah bid'ah hasanah iaitu bid'ah yang baik dan harus dilakukan. Sambutan Maulidur Rasul diadakan oleh para tabi'in supaya umat Islam pada zaman yang akan datang, akan sentiasa mengingati kelahiran Rasulullah SAW dan mengenangkan perjuangan Rasulullah SAW. Mereka yang berpendapat bahawa haram menyambut Maulidur Rasul adalah mereka yang berfahaman Wahabi ataupun Mujassimah. Mereka ini dengan mudah menghukumkan sesuatu itu haram disebabkan perkara tersebut tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah. Ini adalah sangat bahaya. Mengikut fahaman Ahlusunnah Wal Jamaah yang majoritinya umat Islam di seluruh dunia, Kita tidak boleh dengan mudah menghukumkan sesuatu perkara itu sehingga benar-benar dibuktikan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.
InsyaAllah.
Maksud hadis:
"..celakalah seseorang itu yang apabila mendengar orang menyebut namaku, orang itu tidak berselawat ke atas ku.."
Oleh itu, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum..
0 komen: