Burj Khalifa, The Tallest Building

Assalamualaikum..



Mari kita menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Kali ini ana ingin berkongsi dengan antum/antunna maklumat mengenai bangunan Burj Khalifa.
Antum/antunna tahu mengapa bangunan ini diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia?
Jom kita lihat bersama-sama.

BURJ KHALIFA merupakan menara yang diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia dengan pencapaian ketinggiannya iaitu 829.84 meter bersamaan 2,723 kaki. Menara ini mempunyai 163 tingkat dan mempunyai banyak fungsi. Menara ini telah dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Burj Khalifa telah memecah rekod sebagai bangunan yang tertinggi di dunia yang sebelum ini dipegang oleh Menara Taipei 101 dengan ketinggian 509 meter.

Burj Khalifa telah dibina di atas bumi Dubai, United Arab Emirates. Sehingga kini Burj Khalifa masih menjadi bangunan tertinggi di dunia. Pengiktirafan Burj Khalifa sebagai bangunan tertinggi di dunia telah menjadikan Dubai sebagai tempat yang dikenali oleh penduduk dunia. Dubai merupakan salah satu bandar besar di United Arab Emirates manakala Abu Dhabi ialah ibu negara bagi negara arab tersebut. Kini, negara United Arab Emirates menjadi salah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong bukan sekadar sahaja mempunyai bangunan tertinggi di dunia malah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sana. Negara United Arab Emirates merupakan negara yang kaya dengan petroleum menyebabkan negara tersebut merupakan antara negara yang terkaya di dunia. Sebab itu, mereka mampu untuk membina sebuah menara yang tinggi berdiri gah di negara mereka.






Wallahu'alam.
Wassalamualaikum...


Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...