Khawarij Kaum yang Paling Buruk
Assalamualaikum...
KHAWARIJ merupakan kaum yang membenci Saidina Muawiyah dan Amru bin As kerana melawan Khalifah yang sah dan membenci Saidina Ali bin Abi Talib kerana menerima perdamaian yang diminta oleh Saidina Muawiyah dalam peperangan Siffin dengan bertahkim. Mereka membenci Saidina Ali kerana menganggap Saidina Ali lemah dalam menegakkan kebenaran. Kaum ini muncul selepas tamatnya peperangan Siffin dan yang kedua muncul selepas Syiah. Mereka selalu menyebut " La Hukma Illa Lillah ! " ( Tidak ada hukum kecuali dari Tuhan ). Apabila Saidina Ali dan golongannya berpidato, mereka akan berteriak menyebut " La Hukma Illa Lillah ! ". Begitu juga apabila Saidina Muawiyah dan golongannya berpidato. Mereka akan berteriak menyebut " La Hukma Illa Lillah ! ". Mereka menuntut supaya Saidina Ali mengakui kesalahannya kerana menerima tahkim atau mengakui bahawa Saidina Ali sudah menjadi kafir. Mereka mengancam, apabila Saidina Ali mahu taubat mengakui kesalahannya, maka mereka akan bergabung dengan Saidina Ali dalam melawan Saidina Muawiyah dan jika tidak, Saidina Ali dan Muawiyah mereka akan perangi.
Apabila kaum Khawarij merasa Saidina Ali tetap dengan pendiriannya, maka mereka pergi meninggalkan Saidina Ali ke daerah yang bernama Harura'. Jumlah mereka 12000 orang. Mereka melantik seorang daripada mereka menjadi ketua iaitu Abdullah bin Wahab Ar-Rasyidi. Mereka menamakan diri mereka kaum Khawarij tetapi dengan maksud yang lain iaitu orang-orang yang keluar pergi berperang untuk menegakkan kebenaran. Mereka mengambil nama Khawarij berdasarkan ayat Al-Quran yang bermaksud:
Fahaman Khawarij bertambah maju dan dianggap benar oleh pandangan umum setelah melihat kegagalan Saidina Ali dalam perundingan tahkim. Kaum Khawarij terkenal dengan kaum yang keras. Mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkan fahamannya dan memberikan pengorbanan apa sahaja sehingga nyawa mereka sendiri dalam menegakkan fahamannya itu. Usaha kaum Khawarij yang pertama ialah untuk membunuh Saidina Ali ketika itu berada di Baghdad, Saidina Muawiyah yang berada di Damsyik dan Amru bin As yang berada di Mesir. Namun, hanya Saidina Ali sahaja yang terbunuh manakala yang lain tidak dapat dibunuhnya. Inilah usaha jahat Khawarij yang pertama. Setelah Saidina Ali terbunuh, Saidina Hasan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah dan Saidina Hussein mati dibunuh di padang Karbala, maka kaum Khawarij bertambah ganas dan bertambah garang melawan kekuasaan Saidina Muawiyah. Mereka menubuhkan sebuah organisasi mereka dengan terperinci sekali.
Gerakan Khawarij menjadi dua cabang:

" Barangsiapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan Rasul, kemudian wafat makai ia telah pasti mendapat upah dari Tuhan "
( Surah An-Nisa', ayat 100 )
Fahaman Khawarij bertambah maju dan dianggap benar oleh pandangan umum setelah melihat kegagalan Saidina Ali dalam perundingan tahkim. Kaum Khawarij terkenal dengan kaum yang keras. Mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkan fahamannya dan memberikan pengorbanan apa sahaja sehingga nyawa mereka sendiri dalam menegakkan fahamannya itu. Usaha kaum Khawarij yang pertama ialah untuk membunuh Saidina Ali ketika itu berada di Baghdad, Saidina Muawiyah yang berada di Damsyik dan Amru bin As yang berada di Mesir. Namun, hanya Saidina Ali sahaja yang terbunuh manakala yang lain tidak dapat dibunuhnya. Inilah usaha jahat Khawarij yang pertama. Setelah Saidina Ali terbunuh, Saidina Hasan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah dan Saidina Hussein mati dibunuh di padang Karbala, maka kaum Khawarij bertambah ganas dan bertambah garang melawan kekuasaan Saidina Muawiyah. Mereka menubuhkan sebuah organisasi mereka dengan terperinci sekali.
Gerakan Khawarij menjadi dua cabang:
- Bermarkas di sebuah negeri yang bernama Bathyaih. Mereka menguasai kaum Khawarij yang berada di Persia dan Kiraman ( daerah-daerah sekeliling Iraq ). Diketuai oleh Nafi' bin Azraq dan Qathar bin Faja'ah.
- Bermarkas di Arab. Mereka menguasai kaum Khawarij yang berada di Jaman, Hadharamaut dan Taif. Diketuai oleh Abu Thaluf, Najdah bin Amin dan Abu Fudaika.
Di antara pemimpin-pemimpin kaum Khawarij yang lain ialah:
- Urwah bin Hudair
- Najdah bin Uwaimir
- Mustaurid bin Saad
- hautarah Al-Asadi
- Quraib bin Marrah
- Nafi'i bin Azraq
- Najdah bin Amir
- Ubaidillah bin Basyir
- Zubir bin Ali
- Qathari bin Fujaah
- Abdu Rabbih
- Dan lain-lain lagi
Golongan ini sudah hilang dibawa arus sejarah kerana kaum ini tidak mendapat sambutan oleh umat Islam disebabkan fahamannya yang melampau. Namun, kita perlulah berhati-hati dan berwaspada terhadap fahaman ini kerana fahaman ini masih lagi dianuti oleh sesetengah umat Islam tetapi di dalam jumlah yang sedikit sangat. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum...
0 komen: