24 Jam Beribadah. . . ? ? ?
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam post kali ini.
Ermmm..Hari ini ana ingin memberitahu antum/antunna semua mengenai tajuk di atas.
Haa..Antum/antunna tahu apa yang dimaksudkan dengan 24 JAM BERIBADAH ??
Kebiasaanya kita mendengar 24 JAM DOSA..kan..?? Seperti yang kita biasa baca di Facebook.
Hari ini kita dengar pula apa itu 24 Jam Beribadah.
24 Jam Beribadah..??
Adakah 24 Jam kita bersembahyang,berpuasa dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain?
Jawapannya TIDAK. Tidak sama sekali. Bukan begitu maksud ana.
24 Jam Beribadah yang dimaksudkan adalah segala perbuatan, pertuturan dan tingkah laku kita dalam kehidupan seharian boleh dijadikan ibadah. Selain daripada kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari, berpuasa pada siang hari dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti menunaikan solat sunat, berpuasa sunat, berzikir, bersedekah. membaca Al-Quran dan sebagainya, setiap perbuatan yang kita selalu lakukan pada setiap hari seperti makan, minum, tidur, berehat, memasak, membaca, menulis, berfikir, mandi dan sebagainyalah boleh dijadikan ibadah dengan syarat jika kita berniat melakukannya kerana Allah dan melaksanakannya mengikut syariat Islam. Faham tak maksud ana? Ana rasa ayat ana mudah untuk difahami. Bukan? Kalau tidak faham, bolehlah komen di post ini. InsyaAllah ana akan jawab semampu yang mungkin.
Bermula daripada kita bangun daripada tidur pada waktu subuh sehingga kita tidur pada waktu malam, semuanya akan jadi ibadah dan diberi pahala oleh Allah dengan syarat niat dan cara pelaksanaannya mengikut syariat Islam. Bermula daripada kita bangun tidur,kita berdoa kepada Allah kerana masih menghidupkan kita untuk beribadah kepada-Nya. Itu sudah dikira sebagai ibadah. Selepas itu, kita memasuki bilik air untuk mandi dan berniat mandi kerana hendak menyucikan diri daripada segala kekotoran yang ada pada badan kita. Berniat pula mestilah kerana Allah. Bukannya berniat kerana mahu penilaian daripada orang lain. Ok. Mandi pun dah dikira sebagai ibadah. Selepas mandi, kita memakai baju yang bersih dan berniat pula memakai baju tersebut untuk menutup aurat sebelum menunaikan solat Subuh. Dah dikira sebagai satu ibadah. Selepas itu, kita menunaikan solat Subuh kerana Allah sebagai tanda patuh kepada-Nya. Satu lagi ibadah.
Haa..kan? Setiap saat semuanya boleh dijadikan ibadah. Penerangan di atas hanyalah sekadar contoh sahaja. Kalau nak terangkan satu-satu, rasanya sampai esok pun tak habis. Haha. Antum/antunna semua faham kan? Mudah sahaja untuk faham apa yang dimaksudkan dengan 24 JAM BERIBADAH ini. Bagi yang sudah tahu, sekurangnya boleh ingatkan kembali dan bagi yang belum tahu, ambillah ilmu ini sebagai tambahan. Tidak salah kita cari dan ambil sebanyak mana ilmu yang kita dapat tetapi mestilah berhati-hati dalam mendapatkan sesuatu ilmu itu.
Jadi, marilah antum/antunna semua, kita sama-sama melakukan 24 Jam Beribadah daripada kita melakukan 24 Jam Dosa. Apalah faedah yang kita dapat daripada perbuatan dosa yang dilakukan melainkan azab Allah di akhirat kelak yang bakal kita dapat. Baik kita melakukan 24 Jam Beribadah. 24 jam kita dapat pahala. kan? Mana satukah pilihan antum/antunna? Renung-renungkanlah. ^_^
Baiklah. Sampai di sini sajalah untuk post kali ini. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum.
Dah solat belum? Jom berjemaah |

Didiklah anak-anak dengan didikan agama sejak kecil lagi |
24 Jam Beribadah yang dimaksudkan adalah segala perbuatan, pertuturan dan tingkah laku kita dalam kehidupan seharian boleh dijadikan ibadah. Selain daripada kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari, berpuasa pada siang hari dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti menunaikan solat sunat, berpuasa sunat, berzikir, bersedekah. membaca Al-Quran dan sebagainya, setiap perbuatan yang kita selalu lakukan pada setiap hari seperti makan, minum, tidur, berehat, memasak, membaca, menulis, berfikir, mandi dan sebagainyalah boleh dijadikan ibadah dengan syarat jika kita berniat melakukannya kerana Allah dan melaksanakannya mengikut syariat Islam. Faham tak maksud ana? Ana rasa ayat ana mudah untuk difahami. Bukan? Kalau tidak faham, bolehlah komen di post ini. InsyaAllah ana akan jawab semampu yang mungkin.
Solat merupakan tiang agama |
Bermula daripada kita bangun daripada tidur pada waktu subuh sehingga kita tidur pada waktu malam, semuanya akan jadi ibadah dan diberi pahala oleh Allah dengan syarat niat dan cara pelaksanaannya mengikut syariat Islam. Bermula daripada kita bangun tidur,kita berdoa kepada Allah kerana masih menghidupkan kita untuk beribadah kepada-Nya. Itu sudah dikira sebagai ibadah. Selepas itu, kita memasuki bilik air untuk mandi dan berniat mandi kerana hendak menyucikan diri daripada segala kekotoran yang ada pada badan kita. Berniat pula mestilah kerana Allah. Bukannya berniat kerana mahu penilaian daripada orang lain. Ok. Mandi pun dah dikira sebagai ibadah. Selepas mandi, kita memakai baju yang bersih dan berniat pula memakai baju tersebut untuk menutup aurat sebelum menunaikan solat Subuh. Dah dikira sebagai satu ibadah. Selepas itu, kita menunaikan solat Subuh kerana Allah sebagai tanda patuh kepada-Nya. Satu lagi ibadah.
Tidur pun boleh jadi ibadah |
Haa..kan? Setiap saat semuanya boleh dijadikan ibadah. Penerangan di atas hanyalah sekadar contoh sahaja. Kalau nak terangkan satu-satu, rasanya sampai esok pun tak habis. Haha. Antum/antunna semua faham kan? Mudah sahaja untuk faham apa yang dimaksudkan dengan 24 JAM BERIBADAH ini. Bagi yang sudah tahu, sekurangnya boleh ingatkan kembali dan bagi yang belum tahu, ambillah ilmu ini sebagai tambahan. Tidak salah kita cari dan ambil sebanyak mana ilmu yang kita dapat tetapi mestilah berhati-hati dalam mendapatkan sesuatu ilmu itu.
Tutuplah aurat wahai kaum wanita |
Jadi, marilah antum/antunna semua, kita sama-sama melakukan 24 Jam Beribadah daripada kita melakukan 24 Jam Dosa. Apalah faedah yang kita dapat daripada perbuatan dosa yang dilakukan melainkan azab Allah di akhirat kelak yang bakal kita dapat. Baik kita melakukan 24 Jam Beribadah. 24 jam kita dapat pahala. kan? Mana satukah pilihan antum/antunna? Renung-renungkanlah. ^_^
Baiklah. Sampai di sini sajalah untuk post kali ini. Wallahu'alam.
Wassalamualaikum.
Menunaikan Haji merupakan rukun Islam yang kelima |
0 komen: