Tak Mengaku Gila
Husin, salah seorang pesakit mental yang merasakan dirinya sudah benar-benar sembuh. Husin ingin sangat pulang kepangkuan keluarganya kerana sudah 3 tahun dia berada di wad. Dia dipanggil bersama kawan-kawannya untuk dibuat pemeriksaan. Di dalam bilik pemeriksaan yang agak gelap, doktor memasang lampu picit dan ditegakkan di atas lantai. Cahaya lampu picit tersebut memancar ke syiling. Doktor minta setiap pesakit memanjat cahaya lampu tersebut. Seorang demi seorang memanjat cahaya lampu tersebut kecuali Husin. Oleh sebab Husin tidak mahu memanjat cahaya lampu picit itu, maka doktor membawanya masuk ke bilik doktor untuk ditemu duga.
Doktor : Mengapa tadi kamu tak mahu panjat cahaya lampu picit ?
Husin yang merasai dirinya siuman dan yakin jawapannya betul lalu menjawab.
Husin : Saya takut kalau saya panjat cahaya lampu itu, nanti doktor tutup suis lampu itu. Sudah tentu saya akan jatuh.
Doktor : Kamu tidak boleh balik sebab kamu gila.
Husin : Tolonglah, saya nak balik. Saya tak gila.
Doktor : Mana ada orang gila yang mengaku dirinya gila. Baiklah, kamu jawab soalan teka-teki saya ini. Macam mana nak over take sembilan kenderaan dengan sekali potong sahaja ?
Husin : Itu senang sahaja, tekan pedal minyak sampai habis, pecut kereta hingga 220 km/j.
Doktor : Kamu betul-betul gila. Orang siuman tak berani buat begitu. Orang siuman over take treler yang membawa 8 buah kereta, campur dengan trelernya, 9 semuanya hanya dengan kelajuan 110 km/j sahaja.
Husin : Kalau begitu saya mengaku saya gila.
Doktor : Itu yang saya kata tadi. Kamu tak boleh balik.
Husin : Doktor ni gila.
Doktor : Saya memang doktor gila. Saya dah bertugas selama 15 tahun di Hospital Gila ini.
0 komen: