Umar Abd Aziz, Pemimpin yang Adil

Assalamualaikum...

Kali ini ana ingin berkongsi dengan antum/antunna semua mengenai seorang tokoh Islam yang terkenal iaitu salah seorang pemimpin pada zaman empayar Islam Umaiyyah, Umar Abd Aziz. Siapakah Umar Abd Aziz? Ana rasa antum/antunna semua dah tahu siapa beliau. Tapi tidak mengapalah. Sekadar ingin berkongsi dengan antum/antunna mengenai sejarah ringkas beliau dan memenuhi blog ana ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Umar Abd Aziz...

Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah dilahirkan pada 61H bersamaan 683M di Halwan. Namun begitu, ada pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada 63H bersamaan 684M di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Bapanya bernama Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Ibunya pula bernama Laila binti 'Asim bin Umar Al-Khatab. Beliau merupakan Beliau telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Bani Umaiyyah yang ke-6 selepas kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas wasiat khalifah tersebut. Beliau telah digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana pemerintahnnya sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan dari tahun 717M hingga 720M. Walaupun pemerintahan beliau singkat, tetapi kesannya amat mendalam kepada rakyat beliau kerana pemerintahnnya sangat adil.

Beliau merupakan pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana sudah bertahun-tahun kerjaan Islam diperintah oleh pemerintah yang zalim dan menindas rakyat. Ketika Umar Abd Aziz dilantik menjadi khalifah, beliau amat berat untuk menerimanya dan telah mengumpulkan semua rakyatnya untuk memilih orang lain yang mereka sukai. Namun, semua rakyat telah berbai'ah dan memberi taat setia kepada beliau kerana beliaulah pemerintah yang ditunggu-tunggu. Pada zaman pemerintahnnya, beliau memerintah sangat adil dan rakyatnya hidup dalam suasana yang sangat aman sehinggakan dalam sejarah diceritakan pada zaman pemerintahnnya, serigala tidak makan biri-biri ternakan. Begitu hebat sejarah beliau. Beliau juga telah mengembalikan harta kepada rakyatnya yang telah dirampas oleh pemerintah-pemerintah sebelumnya. Beliau juga telah menghapuskan amalan yang menghina Saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat. Beliau telah berjaya membawa banyak perubahan ketika pemerintahnnya dan ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan bangsawan sehinggakan ada seorang bangsawan mengupah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar Abd Aziz mengetahui hal ini dan memaafkan kesalahan pesalah itu.

Khalifah Umar Abd Aziz telah meninggal dunia pada tahun 720M di Aleppo dan digantikan dengan Khalifah Yazid II. Terdapat sejarah mengatakan bahawa ada seorang rakyat pada zaman pemerintahan beliau telah berjumpa dengannya dan menceritakan kepadanya bahawa dia telah bermimpi dan mendapati semua pemerintah kerajaan Bani Umaiyah akan masuk neraka dan belum sempat dia menyambung percakapannya itu, Khalifah Umar Abd Aziz terus pengsan dan meninggal dunia disebabkan takutnya beliau terhadap azab Allah. Sebenarnya rakyat tersebut belum sempat menghabiskan kata-katanya iaitu 'kecuali Umar Abd Aziz yang tidak dimasukkan ke dalam neraka.' Mengikut sejarah, inilah punca beliau meninggal dunia. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum...


Written by

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...