Siapakah Ibnu Taimiyah. . . ? ? ?

Assalamualaikum...

IBNU TAIMIYAH ataupun nama sebenarnya adalah Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabudddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Abdussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim Al-Khadar bin Muhammad bin Al-Khadar bin Ali bin Abdillah. Beliau dilahirkan di sebuah desa yang kecil iaitu Heran yang terletak di Palestin pada 10 Rabiul Awal tahun 661H. Daerah Heran ini terkenal sejak dahulu sebagai daerah Kristian Shabin dan pula daerah orang-orang pandai, ahli firasat yang selalu mempermainkan akal. Beliau menetap di Heran sehingga beliau berusia 7 tahun. Selepas itu, beliau berpindah ke Damsyik apabila kaum Tatari menyerang daerah Heran. Beliau berasal dari suku Kurdi. Ayah beliau merupakan seorang ulama Islam dari Mazhab Hanbali. Beliau menetap di Damsyik ( Syiria ) sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 728H dan hanya dua kali sahaja beliau ke Mesir.

Ketika beliau sudah dewasa, Ibnu Taimiyah telah menjadi seorang yang alim, berpengetahuan banyak dalam feqah Mazhab Hanbali dan juga dalam ilmu Usuluddin. Beliau juga sudah biasa mengajar dan berceramah di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan mempunyai ramai murid. Namun, amatlah ruginya beliau kerana beliau telah terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah ataupun Mujassimah, yang menyamakan Allah dengan makhluk dan juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang jauh berbeza dengan empat Imam Mazhab iaitu Imam Hanbali, Maliki, Syafie dan Hanafi. Menurut beliau, Allah itu mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, duduk bersila, datang, pergi, cahaya langit dan bumi kerana semua itu disebut dalam Al-Quran. Menurutnya lagi, Allah itu berada di atas langit, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas, Allah mempunyai anak jari, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan, bernafas, turun naik dan Allah itu "masa" kerana semua itu disebut dalam hadis. Sehubungan dengan itu, beliau ini berfahaman Mujassimah dan bukan lagi Ahlussunnah Wal Jamaah.

Dalam ucapan-ucapannya dan tulisan-tulisannya, beliau banyak menentang Imam-imam Mujtahid yang berempat iaitu Hanbali, Syafie, Hanafi dan Maliki. Pada suatu hari, beliau telah berkhutbah di Masjid Damsyik. Beliau menerangkan sebuah hadis yang menceritakan Allah turun ke langit dunia tiap-tiap malam dan menyatakan bahawa Allah turun sama seperti beliau turun dari mimbar ini. Lalu beliau turun dari mimbar. Kemudian, seorang ulama feqah Mazhab Maliki bernama Ibnus Zahra' membantah dia dan melawan ucapan-ucapan Ibnu Taimiyah.

Pada tahun 705H, beliau telah dipanggil oleh Sultan Mesir untuk menghadap sultan itu. Ini kerana Syria berada di bawah pemerintahan Mesir pada ketika itu. Beliau telah dihadapkan ke mahkamah atas sebab menfatwakan bahawa Allah itu duduk bersila di atas 'Arasy, dan bercakap dengan huruf serta bersuara. Namun, Ibnu Taimiyah tidak mahu dibicarakan kerana orang yang mengadilinya adalah musuh-musuhnya. Oleh itu, beliau hanya ditahan ke dalam penjara selama 18 bulan bersama dua orang saudaranya iaitu Syarafuddin dan Zainuddin. Selepas beliau dibebaskan dengan bantuan keluarganya, beliau sekali lagi menyebarkan fatwa-fatwanya yang sesat itu dan juga menghentam pengajian-pengajian tasawuf dan mencaci maki guru-guru sufi pada zaman itu serta tidak menyukai tarekat-tarekat. Oleh itu, beliau sekali lagi dihadapkan ke mahkamah.

Pada tahun 709H, beliau sekali lagi telah dibuang ke Iskandariah oleh Sultan Muzaffar Klaun dan menetap di situ selama 7 bulan. Pada tahun 712H, beliau kembali ke Damsyik. Semasa berada di Damsyik, beliau bukan sahaja mengeluarkan lagi fatwa-fatwa yang menyesatkan tetapi juga hukum-hukum dalam bidang feqah yang bertentangan dengan Imam-imam mazhab yang berempat itu. Pada tahun 718H, Sultan yang berkuasa di Damsyik telah mengeluarkan perintah melarang Ibnu Taimiyah daripada mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyesatkan itu tetapi perintah ini dilanggar oleh beliau.

Dalam pengadilan agama yang terdiri dari ulama-ulama ahli hukum yang bersidang tanggal 22 Rejab tahun 720H, beliau telah dimasukkan lagi ke dalam tahanan sampai tahun 721H. Selepas itu, beliau sekali lagi dibebaskan. Namun, sedudah diadakan persidangan maka diambillah keputusan bahawa Ibnu Taimiyah ditetapkan telah melakukan kesalahan-kesalahan kerana banyak fatwanya dalam feqah dan dalam ilmu Usuluddin yang menyeleweng, tidak sesuai dengan ajaran-ajaran yang diajarkan oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi dan tidak sesuai pula dengan ajaran-ajaran agama yang biasa diajarkan oleh ulama-ulama Islam. Oleh itu, beliau telah dihukum penjara di Benteng Damsyik dan akhirnya tamatlah riwayat beliau pada tanggal 27 Syawal 728H ketika berada dalam penjara Benteng Damsyik. Walaupun fatwanya itu telah diisytiharkan sesat, namun fahamnnya terus tersebar melalui anak muridnya iaitu Ibnu Hadi dan Ibnul Qayim Al-Jauzi,pengarang kitab "Zadul Ma'ad".

Sehubungan dengan itu, dapatlah kita pastikan bahawa sudah tercatat dalam sejarah Ibnu Taimiyah merupakan pencetus fahaman Mujassimah dan pada waktu ini, istilah Wahabiyyah belum muncul lagi kerana Wahabiyyah diasakan oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah ana ceritakan sebelum ini. Di dalam subjek Pendidikan Quran dan Sunnah Tingkatan 5, di dalam tajuk Ibnu Taimiyah, buku itu mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah merupakan pejuang Ahlussunnah Wal Jama'ah sedangkan di dalam kitab-kitab Ahlussunnah yang terkenal sudah dinyatakan bahawa Ibnu Taimiyah ini pejuang Mujassimah dan bukan Ahlussunnah Wal Jama'ah. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati kerana pengaruh Mujassimah ini sudah memasuki Malaysia. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum...


Written by

2 comments:

  1. Buku Teks sudah over~
    Boleh ana minta enta carikan kisah tentang Khidir dan anak nabi, Zaid.. dan diakah pengasas Mazhab Syiah Zaidiyah?

    Oh ye.. harap2 kita dapat berkongsi ilmu ^^
    BLOG1: http://qeifar.blogspot.com/
    BLOG2: http://apit555.blogspot.com/
    EVENT: ADMIN AKTIF GB94

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah.. InsyaAllah ana akan tulis pada post yang baru nanti..
      Syukran..semoga kita mendapat manfaat bersama..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...